Friday, July 17, 2009

Hikayat Pari-Pari Kertas

Pari-pari berterbangan bebas di Hutan Kogen itu... Pari-pari kertas terbang sambil ditemani pepatung buta yang sangat laju sayapnya. namun hadirnya seekor kunang yang mempunyai ekor yang ikal terbang kearah Pari-pari kertas mengalihkan perhatian pari-pari...

Pepatung buta pada mulanya yang laju terbang jauh meninggalkan Pari-pari kertas dengan si Kunang. Pari-pari kertas ingin mengejari Pepatung Buta pada asalnya namun terkandas dengan sinaran si Kunang yang terlampau kuat menyinari Hutan Kogen yang gelap dan seram itu.

Sinar yang keluar dari tubuh si Kunang terlampau menyinar sehingga membakar sayap pari-pari kertas lantas membantutkan perjalanan si Pari-pari kertas untuk mengekori Pepatung Buta.

SiKunang dan Pari-pari hanya terus menari dan menari.. menari dan menari sampai sayap pari-pari kertas tumbuh semula...Pepatung Buta terus kedepan meninggalkan si Kunang dan Pari-pari kertas menari di Hutan Kogen yang penuh dengan Gagak tempang...

Fantamorgana Beeha
1:27 pm
17 Julai 2009

Thursday, July 16, 2009

Kemunculan Di Alam Blogging

Hai semua. Alhamdulillah. Kini Beeha dah ada blog sendiri. Mungkin, orang lain dah ada lama, tapi tak kisah la. Apa yang penting, kerjaaasama. Eh, silap, apa yang penting, dengan kewujudan blog ini, Beeha dapat berkongsi apa jua yang Beeha lakukan dengan semua.Insya'Allah, perkembangan lebih lanjut lepas ini ya! Jaga diri.


Hai everyone!. Alhamdulillah. Now, I already have my own blog. Maybe its kinda late already, but better late than never right(hehe). Some of them keep asking me about this, since Im only get connected with you guys in Fb and Twitter. So, the limitation to tell everything that I want to, have urged myself to create this blog. Insya'Allah, I will update more after this! Take care.