Friday, July 17, 2009

Hikayat Pari-Pari Kertas

Pari-pari berterbangan bebas di Hutan Kogen itu... Pari-pari kertas terbang sambil ditemani pepatung buta yang sangat laju sayapnya. namun hadirnya seekor kunang yang mempunyai ekor yang ikal terbang kearah Pari-pari kertas mengalihkan perhatian pari-pari...

Pepatung buta pada mulanya yang laju terbang jauh meninggalkan Pari-pari kertas dengan si Kunang. Pari-pari kertas ingin mengejari Pepatung Buta pada asalnya namun terkandas dengan sinaran si Kunang yang terlampau kuat menyinari Hutan Kogen yang gelap dan seram itu.

Sinar yang keluar dari tubuh si Kunang terlampau menyinar sehingga membakar sayap pari-pari kertas lantas membantutkan perjalanan si Pari-pari kertas untuk mengekori Pepatung Buta.

SiKunang dan Pari-pari hanya terus menari dan menari.. menari dan menari sampai sayap pari-pari kertas tumbuh semula...Pepatung Buta terus kedepan meninggalkan si Kunang dan Pari-pari kertas menari di Hutan Kogen yang penuh dengan Gagak tempang...

Fantamorgana Beeha
1:27 pm
17 Julai 2009

6 comments: